Monday, August 22, 2005

Only Nik Aziz

Taken from Berita Minggu, 21 August 2005

KOTA BHARU: Isteri diminta turut memikirkan masalah anak dara lanjut usia dan masih belum berkahwin yang jumlahnya semakin ramai di negara ini dengan tidak menyekat hasrat suami mereka untuk berpoligami.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata isteri tidak seharusnya menyekat dan bertindak ganas terhadap suami yang berhasrat berpoligami, asalkan suami berkemampuan berbuat demikian.

"Sekiranya si isteri sendiri tahu suaminya mempunyai bakat untuk berkahwin lebih daripada satu... tiba-tiba dia bertindak ganas, sedangkan mereka berhak.

"Cubalah fikir pula bagaimana keadaan perempuan anak dara tua tak dapat suami sampai mati... sedangkan ada orang nak pada dia dan isteri pula perlu beri ruang selepas dia tahu suaminya mempunyai kebolehan.

"Benda ni benda lama, yang tak selesai sekiranya manusia hanya jaga nafsu dia saja... tapi tak jaga nafsu orang lain sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Muafakat Bersama Rakyat anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Perumahan Jalan Padang Tembak, dekat sini, semalam.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kejadian seorang suami cedera disimbah dengan cuka getah dipercayai isterinya kerana berhasrat ingin berkahwin dua di Tanah Merah, baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, isteri perlu juga memikirkan nasib masa depan lebih ramai wanita yang bakal menjadi anak dara tua, kerana tidak dijadikan isteri oleh lelaki yang berkemampuan.

Katanya, Islam tidak menghalang umatnya daripada berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami, asalkan mereka cukup syarat ditetapkan agama.

"Mereka tidak harus menyekat suami mereka berbuat demikian, apatah lagi bertindak ganas terhadap mereka yang berhasrat berpoligami,"

COMMENT: What exactly amounts to 'mempunyai bakat' hm? I am rooting for the woman who simbah-ed the cuka.

No comments: